Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
158,188
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

PASANGAN itu tengah bersenang lenang di sofa sambil menonton Bridgerton di Netflix. Mimi berehat di bawah ketiak Umar sambil bermain dengan jari jemari lelaki itu. Jam masih menunjukkan 8.30 malam. Awal lagi. Tapi mood mula panas bila Mimi melarikan tangannya di paha si suami.

Umar membiarkan. Dia mengerling bila isterinya melangut dengan muka meminta. Lalu dengan senang hati wajah mereka ditemukan. Suami isteri itu hampir tenggelam dalam rangkulan asmara bila iPhone Umar tiba-tiba berdering nyaring. Melihat private number di skrin, fokus Umar teralih terus.

“Siapa?” soal Mimi yang terbaring di sofa.

“Aqi.”

Berkerut dahi si perempuan. Time syok ni lah perempuan tu nak kacau. “Biarlah dia.” iPhone itu ditolak dari tangan suaminya hingga terjatuh ke lantai. Namun deringan masih berlanjutan hingga mati, dan bersambung lagi pada panggilan kedua.

Umar berhenti. “Dia jarang call. Benda penting agaknya,” ujarnya, terus mencapai gajet itu. Mimi pula mendengus tak puas hati.

“Pasang speaker. Sayang nak tahu apa benda yang penting sangat tu.”

Umar menurut. Bila panggilan disambungkan, suara Aqi pecah melangit hingga bergema di seluruh ruang rumah.

“UMAR!!”

Terloncat terus keduanya.

“Tolong datang sini cepat! Ami dengan Emir bergaduh!”

“Lah. Kau sebagai emak, tenangkanlah mereka! Jangan kacau malam aku!!” marah Mimi pula.

“Mereka gaduh teruk!! Aku tak boleh nak stop! Ami layang penendang ke muka Emir sampai mulut Emir pecah!”

Umar dan Mimi berpandangan lagi. Mula risau.

“Gaduh pasal apa?”

“Jangan banyak cerita! KAU DATANG SEKARANG!!”

Betul-betul emergency. Mereka membetulkan pakaian masing-masing dan terus ke rumah Aqi, dimana jiran-jiran lain juga dan menjenguk untuk mengambil tahu apa yang jadi.

Aqi di anak tangga, tengah mengurut kaki yang berstoking. Wanita itu menyambut kehadiran Mimi dan Umar dengan senyum luas. Bersyukur.

“Dorang masih berkelahi dalam bilik Emir.” Telunjuk dituding ke tingkat atas. “Dorang punya bergaduh sampai tak ingat kawan musuh…aku tak boleh stop. Tolong, Mar...” adunya.

Umar lekas naik, manakala Mimi ditinggalkan dengan Aqi, cuba membantu dengan menenangkan wanita itu. Ruang rumah dah lebih kemas dari sebelum ini, tetapi ada satu perkara yang mengusik hati Mimi.

“Mana laki kau, Aqi?”

Wanita itu sentap seketika. Sebenarnya, dia tengah terperanjat dan terlupa nak membina setting tentang status dirinya. Suami... suami.... Atau lebih baik berterus terang dan cakap dia bujang? Mengenali Mimi dan cemburu seorang isteri, itu bukan jawapan terbaik.

“Kau sengsorang ke kat sini?” soal Mimi lagi bila Aqi lambat sangat membalas.

“Buat masa ni, ya. Dia outstation.

“Jadi status kau masih ialah isteri orang?”

“Ya,” ujarnya, memutuskan untuk menipu. Jika ‘ya’ itu boleh memberi aman damai di dalam kehidupan barunya di sini, Aqi sudi menipu yang dia ialah isteri orang sampai bila-bila. “Minumlah dulu.” Air yang dah terhidang di atas meja kopi, ditunjuk.

“Umar tahu kau dah kahwin lain, kan?”

“Yeap. Sebab tu dia terbuka hati nak kahwini kau.”

Mereka bertukar renung. Mimi mencemik dan melabuh duduk ke sofa, manakala Aqi kembali mengurut kakinya. Walau cuba nak berbaik, tetapi gunung berapi bawah laut yang dah menggelegak sejak zaman sekolah itu masih tak pernah terpadam dan akan terus mengganggu ekosistem laut. Aqi mungkin mengharap dia dan Mimi dah sama-sama matang untuk buang yang keruh ambil yang jernih, tetapi selagi Umar masih berada di antara mereka, selagi itu gunung berapi itu tidak akan terpadam.

Semasa Umar sampai di tingkat atas, pintu bilik Emir dilihatnya dah tertanggal satu engsel. Teruk benar! Beberapa barang juga dah terpelanting ke koridor. Bila dia menjengul ke dalam, dilihatnya Ami terbaring di lantai sambil menahan kepala dan tangan Emir. Remaja lelaki itu luka di telinga serta kening, dan di tangannya memegang gunting manakala sebelah lagi menarik rambut panjang Ami. Keadaan perabot di dalam bilik tidur itu rosak, malah darah mengotori lantai bilik.

“Emir!! Ami!! Berhenti sekarang!!” marahnya di muka pintu.

Dua beradik yang macam tengah dirasuk itu berhenti serentak. Ami nampak terkejut, jadi Emir lekas menangkap peluang. Gunting yang dipegangnya menyambar segenggam rambut di tangan kiri. Snap!

Ami ternganga luas. “Lahanat!!” Ditendang Emir sekuat hati sehingga pemuda itu terpelanting ke kerusi belajar hingga terbalik. Ami menerpa lagi, namun Emir menyambut badan adiknya dan ditolak mudah hingga dia pula yang menekan adiknya itu ke lantai lagi.

“Kau jangan ingat kau je yang tahu cara nak buat pinning!!” Sampai terkeluar liur semasa menjerkah depan muka adiknya.

“Hey hey hey!!” Umar menerpa bila teguran mulut langsung tak memberi kesan. Emir yang berada di atas badan Ami, ditarik supaya bangun. Namun tangan kiri Ami lebih cepat mencekak kolar baju Emir dan terus melepaskan penumbuk ke muka si abang dengan buku lima kanannya. Rahang Emir goyang lagi buat kesekian kali.

“AMI!!” Umar terpekik terkejut.

Emir menyeka liur yang meleleh dari mulut. Selajur dada adiknya ditendang sekuat hati hingga Ami terjatuh lagi ke lantai. Kali ini bersama batuk. Masing-masing luka berdarah serta penat jua. Tetapi ego dan amarah tengah merasuk akal mereka.

“Kau mintak maaf kat aku sekarang!!” jerit Ami, meloncat lagi bersama penumbuk.

“Kau yang patut mintak maaf kat aku!!” Emir meronta dalam pegangan Umar, bersungguh nak bergaduh pusingan ke sepuluh.

“AYAH SURUH KORANG BERENTI!!”

Belakang kepala Emir digenggam lalu dihentam sekuatnya ke kepala Ami. Momentum pelanggaran menghasilkan bunyi detup yang cukup kuat pada dua tengkorak. Impak tersebut menghasilkan luka luaran, serta gegaran dalaman sekaligus memadamkan kesedaran mereka. Kedua-duanya pengsan ke lantai, masing-masing dengan luka baru di dahi.

Umar mendengus sambil mencekak pinggang. “Aqi had it tough...”

Bila dia turun semula ke tingkat bawah, Aqi dan Mimi lekas bangun dan menyambut kehadirannya. Lelaki itu memberi senyum sebagai ketenangan palsu pada Aqi sebelum meminta jiran mereka beredar. Setelah dipastikan semuanya beransur, pintu ditutup rapat dan Aqi kembali ditentang.

“Mereka tak sedarkan diri, tapi aku rasa kita patut pisahkan mereka sebelum mereka cuba membunuh masing-masing lagi bila sedar…”

“Kau buat apa?”

“Aku pengsankan kedua-duanya sekali.” Selamba tak bersalah.

Mimi memandang suaminya dengan kening terjungkit, manakala Aqi terduduk semula ke sofa. Keluh berat terhembus.

“Allah... aku betul-betul emak yang gagal…” luahnya bersama suara yang menghampiri tangis. Muka diraup dengan kedua belah tangan.

“Aku setuju,” komen Mimi perlahan dan terus menerima jeling maut dari Aqi.

Dipedulikan isterinya, Umar cuba memujuk. “Aqi... kau tak gagal. Kita tak jangka mereka boleh bergaduh seteruk itu. Aku pun ingat mereka santai je. Siap boleh karaoke bagai…” Semasa dia menghantar barang-barang Ami siang tadi, kembar itu dan Junior sedang karaoke di ruang tamu rumah ini. Mood nampak sangat baik dan ceria. Jadi kenapa sekarang tiba-tiba meribut sampai luka berdarah?? Adakah sebab umur mereka?

Kopi yang Aqi hidangkan pada jiran-jirannya masih banyak yang berbaki, lalu dia menjamu diri, mahu bertenang kerana menyesal mengajar Ami bergaduh.

“Masa mula-mula mereka gaduh tadi, aku dah boleh tenangkan dah. Apparently mereka bergaduh sebab Ami belajar panjat tingkap, lepas tu ternampak Emir tengah praktis balet dari tingkap bilik. Ami gelak. Emir marah. And then boom. Berkelahi sampai almari jatuh.”

“Emir menari balet?”

“Ami belajar panjat tingkap?”

Aqi memandang keduanya silih berganti sebelum memutuskan untuk menjawab soalan terakhir. “Kan hari itu Emir panjat tingkap dekat vila sebab nak pujuk dia?” ujar Aqi pada Mimi yang bertanya. “Dia tengok abang dia boleh buat, jadi dia pun nak buat…”

“Anak lelaki aku menari balet...??” Umar masih bertanya.

“Kalau kau cakap kau dah tenangkan, macammana masih boleh gaduh sampai kau kena panggil laki aku ke sini?” sambung Mimi lagi.

“Emir sebut satu statement yang buat Ami balasdengan  flying kick.”

“Bukan break dance tapi ballet???” Terus bertanya kerana masih tak dapat jawapannya.

“Umar, fokus!” desis Aqi geram. “Dia cakap dia lebih prefer kau dengan aku terus berpisah dan Ami patut lupakan niat dia nak pasangkan kita semula…” luahnya bersama keluh berat. “Lepas Ami bagi flying kick ke muka Emir, dia cakap Emir tak faham perasaan dia sebab takda mak yada yada, Emir cakap lebih baik takda ayah berbanding ada ayah yang tak berguna yada yada, and then bila aku cuba nak counter, aku pula dapat penendang tapi mereka dah tak peduli sebab lebih pentingkan nak menang.”

Umar berteleku di kerusinya. Matanya meredup pada lantai, mengulang ayat Aqi tadi. “Lebih baik takda ayah daripada ada ayah yang tak berguna, katanya… sebab tu ke dia menari balet... sebab takda peranan ayah dalam hidup dia...” Jambang yang memenuhi rahang, diusap bersama rasa sayu.

Aqi mengeluh panjang. “Mar, kau baru bertemu dengan dia dua tiga hari lepas. Give him time.”

“Aqi, sepanjang pertemuan kami, aku hanya marahkan kau. Aku dah pun fail first, second, third, hundred impression dekat dia sampai dia lebih prefer takda ayah.”

“Kalau macam tu, aku terpaksa bersetuju.”

Jawapan yang menyakitkan hati, tetapi Umar terpaksa juga menelan dan menghadam.

Mimi mendekati suaminya, lalu tangan kasar itu digenggam.“Just because pertemuan pertama tak cantik, tak semestinya pertemuan yang selepas tu terus tak cantik. Abang masih ada peluang selagi abang terus cuba ambil hati dia…”

Lelaki itu mengangguk. Aqi yang memuram dipandang lagi. “Favourite Emir apa?”

“Melukis, piano, menjahit…”

Nganga seketika. “Whats with the feminine hobbies...??”

“Dia minat. Takkan aku nak halang.”

Belakang kepala digaru. Gelisah sedikit. “Masih minat perempuan I hope?”

Big time. You son is a playboy in-the-making.” Muka diraup.

Playboy in-the-making?”

Aqi mengangguk. “Anak kau tu ada five... no, seven girlfriends. Overseas and local.

Umar ternganga lagi, tapi kali ini dalam skala lain. Mimi turut melopong mendengar kata-kata Aqi.

“Kau question aku buatkan Ami jadi pembuli sekolah, tapi karakter apa yang kau dah sumbat dekat anak lelaki aku, Aqi??”

“Dia warisi muka dengan tinggi kau, lepas tu dia jenis melayan perempuan, and he even understand their taste and interest. Anak lelaki kau tak cari perempuan, tapi perempuan yang cari dia, Umar Darius...!” dengus Aqi kembali.

Mimi terus menoleh pada Umar, manakala lelaki itu meraup mukanya bersama rasa kelat.

So, aside from being tall, handsome, and woman-magnet, we have nothing in common...” keluhnya pada lantai, kini benar-benar kelam akal macammana nak bond dengan anak lelakinya. Umar melangut lagi tingkat atas. “Apa-apa pun buat masa ni, kita kena pisahkan mereka dulu. Aku nak angkut Ami balik ke rumah aku. Aku akan halang dia datang jumpa kau selagi dia tak minta maaf dekat Emir. That should soften her ego. Aku tak boleh angkut Emir sebab kami tak ngam, jadi dia takkan dengar cakap aku macam Ami.”

“Belum ngam,” sampuk Aqi.

“Ha?”

“Kau cakap kau tak ngam dengan Emir. Itu salah. Kau belum ngam dengan Emir. Kau cuma perlukan masa.”

Bibir Umar meleret nipis. “Pada masa yang sama… aku akan kerap datang melawat untuk ambik hati anak kita.”

Wanita itu terkedu lalu tersenyum lembut. “Please do...”

Plan itu memberi rasa yang tak enak di hati Mimi. Dia dah boleh jangka dua manusia ini akan berbaik, tetapi bila situasi ini menjadi peluang untuk Umar dan Aqi menjadi lebih rapat, hatinya mula panas.

Aqi menoleh pada Mimi yang tengah mencuka. “Mimi,” panggilnya, dan disambut dengan renungan garang oleh wanita cantik itu. Aqi tidak berkutik. “Satu benda je aku nak komen pasal kau. Kau kahwini bapak anak-anak aku, jadi kau kena jadi emak tiri mereka properly. Aku tak faham kenapa kau biarkan je Ami panggil kau aunty,” getusnya sambil mencekak pinggang. Ami dah meluah yang dia tak sukakan Mimi sebagai emak, dan Aqi berniat nak mengubah persepsi anak perempuannya itu.

Umar merenung Aqi, berterima kasih atas teguran itu. Dia menoleh pada isterinya pula, menunggu respon.

“Dia tak sukakan aku,” balas Mimi akhirnya. Sedikit tajam nadanya.

“Ambiklah hati dia. Kau ada dua orang anak tiri sekarang ni. You should assume your responsibility as their mother too.

“Mereka anak kau, bukannya anak aku! Kenapa pula aku nak pegang tanggungjawab tu?!”

Aqi ternganga tak percaya. “Kau berkahwin dengan lelaki yang dah ada anak! Tanggungjawab tu dah termaktub dalam job description kau sebagai bini Umar!”

“Aku berkahwin dengan Umar sebab aku cintakan dia. Pun aku nak buat dia lupakan kau. Aku tak berkahwin dengan dia sebab nak jadi emak Ami! Lagipun kau dah balik! Kau je lah jadi mak dia! Nak pass-pass kat aku dah kenapa?!”

Muka Aqi bertukar tegang, merenung air muka tegas di depannya tanpa kelip. Berusaha memproses sifat isteri dudanya itu. Kemudian anak mata dikerling pada Umar yang senyap dari tadi bersama amarah yang meruap di dada.

Sebab tu aku cakap jangan kahwin dengan Mimi tapi kau taknak dengar!

Ah, Aqi terlalu marah nak lisankan kata-kata itu. Dia dah dapat anaknya semula, jadi noktah. Kalau Ami dan Mimi sama-sama tidak boleh menerima kehadiran masing-masing, tak guna dia nak melebih-lebih.

“Ami anak abang, sayang. Tak bunuh orang kalau awak sayangkan dia macam anak awak sendiri. It’ll be our best interest kalau awak pun boleh join sekaki untuk kita jadi functioning family,” tegur Umar pula.

“Jadi abang nak kahwin semula dengan Aqi, la??!” bidas Mimi, garang sekali.

Pulak?? Umar dan Aqi sama-sama kelam.

“Aku tak datang ke sini sebab nak kahwin semula dengan Umar... aku taknak kacau rumah tangga korang...” ujar wanita itu lekas.

“Kau jangan nak tipu. Kau bawak anak kau sebagai alasan untuk Umar berhenti marahkan kau. Kau dah puas main dengan lelaki lain kat luar lepas tu kau datang balik kat dia sebab kau nak rampas dari aku sebab kau dapat tahu kami dah nikah. Sebab kau dengki dengan aku, kan?! Jangan ingat aku bodoh sangat eh! Kau jenis yang diam-diam menyundal kat laki orang!!” Mata dicerlangkan.

Melopong Aqi dibuatnya. Dengan bahang yang menghangit di dada, Umar dipandang. “Kau bawak bini kau keluar dari rumah aku sekarang!” Marah!

Aku pulak yang kena tempias.... Si lelaki merenung muka tegang itu sebelum menjeling isterinya yang dah mula menunjukkan perangai sebenar. Kenapalah tak terus jadi fake,Mimi.... Tanpa dapat ditahan, keluh panjang dilepaskan. Jauhnya perjalanan nak bina keluarga bahagia.... 

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena